masjid bukit setongkol
Tuesday, April 15, 2014
Friday, June 22, 2012
Monday, October 24, 2011
Masjid Bukit Setongkol
Masjid Bukit Setongkol,Kuantan didirikan di atas tanah yang diwakafkan Tn.Hj Yahaya Arif,terletak di tepi jalan bukit Setongkol ke Cenderawasih.Masjid dua tingkat berharga RM 2.3juta ini boleh memuatkan 1,500 jemaah,mula beroperasi pada tahun 2009.Masjid ini telah memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar kariah perumahan dan perkampungan Bukit Setongkol yang semakin pesat membangun disamping pertambahan penduduk.Ia juga dapat menamatkan kebimbangan para jemaah yang terhidu bahaya kemalangan di kawasan masjid lama yang terletak di atas jalanraya disamping kemudahan meletak kereta yang lebih selamat.
Pengurusan masjid dijalankan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik supaya masjid ini dapat ditadbirkan dengan baik.Beberapa aktiviti harian dan mingguan seperti kuliah maghrib,kuliah subuh dan ceramah bulanan telah diadakan supaya masjid dapat dimakmurkan.Selain itu pihak pengurusan juga mengadakan aktiviti qurban,sambutan hari kebesaran Islam.
Kuliah harian/mingguan adalah seperti berikut:
1)KULIAH MAGHRIB
Isnin...... Tauhid oleh Ustaz Hj Abd Hamid Jais
Selasa....Perjumpaan Kumpulan Tabligh
Rabu..... Hadis oleh Ustaz Hj Mohd Fadzil Hassan
Khamis....Bacaan Yassin dan Tahlil di ketuai Tn Hj Razali Abd Wahab
Jumaat ...Kuliah jemputan
Sabtu.......Tajwid oleh Hj Endut Chik
Ahad.......Berzanji oleh Hj Endut Chik
2)KULIAH SUBUH
Sabtu (minggu 2/4).....Ustaz Mohd Azli
3)KULIAH UTK MUSLIMAH
Sabtu.(setiap minggu)....3.00 ptg...Ustazah Saodah Yusof
Kakitangan masjid :
Imam.....Tn Hj Razali Abd Wahab
Bilal ......Tn Hj Wan Abd Manan Wan Daud
......En Abd Razak Bidin
Siak.......En Mohd Zain Abu Talib
Ahli Jawatankuasa masjid;
Pengerusi....Tn Hj Saudi Lakim
Tim Pengerusi...Tn Hj Izharuddin Johar
Setiausaha....Tn Hj Marzuki Hj Abdullah
Bendahari ....Tn Hj Koyamoo Ali
Ahli Jawatankuasa:
...En Wan Menawi Wan Abdullah
...Tn Hj Saifullah Mohd Zain
...Tn Hj Wan Abdul Manan Wan Daud
...Tn Hj Endut Chik
...Tn Hj Awang Sulong Ahmad
...Tn Hj Norzalan Bhari
Subscribe to:
Posts (Atom)